Friday 25 May 2012

PERANCANGAN STRATEGIK PERSATUAN BAHASA MELAYU 2012

A.SWOT

KEKUATAN (S)
KELEMAHAAN  (W)
S1 Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu sangat komited
     dan kreatif.

S2 Guru-guru Persatuan Bahasa Melayu mempunyai
     pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam
     melaksanakan aktiviti persatuan.

S3 Pihak pentadbir sentiasa member kerjasama serta
    memberi ruang secukupnya bagi guru-guru menjalankan
    aktiviti.

S4 Semua ahli persatuan  mempunyai minat terhadap
     aktiviti yang dijalankan.

S5 Semua ahli persatuan boleh menulis dan bertutur dalam
     bahasa Melayu dengan baik


S1 Kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelajar.
     Kebanyakan mereka tidak berminat dengan aktiviti-aktiviti
     berkaitan dengan bahasa.


S2 Tidak mempunyai ruang atau tempat yang lebih selesa
     untuk menjalankan aktiviti persatuan.

S3 Sukar melaksanakan aktiviti persatuan yang memerlukan
     kemudahan ICT kerana kemudahan yang terhad.

S4 Cabaran untuk mencetuskan minat para pelajar terhadap
     aktiviti persatuan seperti berpantun, bersyair, sketsa dll.

S5 Kebanyakan pelajar mempunyai keyakinan diri yang amat
     rendah dan perasaan malu yang menebal untuk
      mempamerkan bakat basing-masing.

S6  Terdapat segelintir ahli yang menyertai persatuan hanya
      sekadar menjadi ahli pasif.







PELUANG ( O )
CABARAN/ANCAMAN ( T )
      01    Persatuan bahasa Melayu telah berkolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam melaksanakan pelbagai program panitia seperti Program Munsyi, Minggu Bahasa Melayu dan lain-lain.

     02    Ahli Persatuan berpeluang untuk merebut peluang menonjolkan bakat mereka dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.


     03    Pihak pentadbir turut memberikan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan bahasa Melayu.

     04    Ahli persatuan berpeluang mengikuti lawatan anjuran persatuan ke Karnival Pendidikan Melaka bagi menyaksikan pertandingan-pertandingan koakademik seperti Puisi dan Lagu, Sayembara Puisi dan lain-lain.

T1  Pelajar menjadikan aktiviti persatuan sebagai satu medan sekadar untuk berseronok.

T2  Kesuntukan masa untuk melaksanakan program atau berlatih kerana jadual persekolahan yang agak padat.

 T3  Kesukaran guru untuk melibatkan lebih ramai pelajar dalam aktiviti-aktiviti persatuan kerana sikap pasif, malu dan tiada keyakinan dalam diri pelajar.


















PELAN STRATEGIK PERSATUAN BAHASA MELAYU 2011 – 2015

ANALISIS SWOT


ISU STRATEGIK

MATLAMAT STRATEGIK

Ø  Persatuan Bahasa Melayu mensasarkan untuk menarik lebih ramai murid menjadi ahli persatuan.

Ø  Fokus dalam memperkaya dan menghidupkan khazanah budaya  seperti  bersyair, berpantun, seloka, sajak dan lain-lain.

Ø  Melibatkan lebih ramai pelajar yang berketrampilan dan berani mempamerkan bakat masding-masing di hadapan khalayak.

Ø  Menjadikan  Persatuan Bahasa Melayu sebagai  wadah untuk berkarya serta alat yang dapat memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.


OBJEKTIF



Ø  Membantu pelajar meningkatkan kemahiran  berbahasa Melayu sama ada dari aspek tulisan mahupun lisan.

Ø  Meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan.

















1 comment: